Thursday, 27 August 2009

Bubur Nasi Ikan Siakap


Usia : 4 bulan ke atas








Bahan-bahan

2 S/b Beras (dicuci)
2 S/b Hirisan ikan siakap/seabass (mentah atau telah dimasak)
1 inci Lobak Merah
2 inci Kobis
2 Cawan Air
Sedikit garam

Cara-Cara

1. Masukkan air dan beras di dalam periuk dan masak.
2. Setelah mendidih, masukkan ikan, lobak dan kobis. Masak sehingga sayur empuk
3. Masukkan sedikit garam.
4. Sejukkan bubur sehingga agak suam. Masukkan ke dalam pengisar.


**Lebihan bubur tadi boleh disimpan dlm peti sejuk selama 3 hari.

Tuesday, 4 August 2009

Pengenalan

Begitu sukar untuk mencari resepi untuk anak kita yang masih kecil dalam bahasa melayu. Takkan lah kita perlu bergantung dengan makanan segera seperti Nestum. Sememangnya ada khasiat tetapi ia adalah khasiat tiruan untuk tumbesaran si kecil.

Adalah lebih berkat lagi sekiranya menggunakan air tangan kita sendiri yang mana lebih terjamin lagi kebersihan dan kualiti.

Penulis bukan lah pakar dalam masakah. Cuma ingin berkongsi bersama resepi yang telah dicuba.